Friday, 27 June 2014

Disembar, Aku membencimu....

Bulan disember kini tiba. Bulan yang sangat Aku takuti. Selalunya bulan disember lah menjadi bulan yang dinanti-nanti buat anak-anak kecil. Buat ibu bapa dan semua di muka bumi ini. Tapi tidak untuk aku.

Nafas dihela. Gambar di tepi meja itu aku ambil. Sungguh aku rindukan mereka. Sangat!

“Kak Ngah, jom makan!” sergah adik tiriku. Belakang bahuku dipaut. Dia sangat manja. Tetapi untuk merenyam bersama aku memang jarang sekali. Lengannya aku leraikan. Rimas membelenggu diri. Mataku mencerlung garang terhadapnya menyebabkan moodnya yang sebentar tadi ceria menjadi kelam. Tapi ada aku kesah, tidakkan?

Aku melangkah menonong tanpa melihat mukanya. Bukan aku tak tahu yang dia sedang bermuram durja. Aku tak akan pujuk! Tak akan! Kaki menghala ke dapur. Suasana sangat sunyi tidak seperti 10 tahun yang lepas. Nafasku dihela. Entah sampai bila aku nak jadi macam ni pun aku tak pasti. Tapi yang pastinya luka dihati teramat perit, tidak mungkin dapat sembuh.

“Kak Ngah , adik mana? Tadi bukan dia ke yang panggil akak turun?” soal ayah memandang lembut kearah ku. Oh tolonglah! Aku bukan kak ngah! Bentakku dalam diam.

“Ayah, stop calling me , kak ngah! I’m not kak ngah! Sampai adik mati adik takkan jadi kak ngah! Kalau tak nak panggil adik, just call me, Syurah. That’s my name.” ujar ku tegas tanpa menjawab pertanyaan ayah. Wajah tenang ayah ku pandang sekilas. Muram. Tapi ini yang mampu aku lakukan. Aku benci! Aku benci dengan kehidupan ku yang sekarang.

“Syurah, jangan biadap dengan ayah. Apa salahnya kalau ayah panggil Syurah, kak ngah. Pangkat Syurah kan” Sampuk Puan Marina lembut. Ikutkan hati dia malas nak bercampur dengan anak beranak ini. Tapi kalau dah meosakkan mood suaminya makan, dia tak akan berdiam diri. Biarpun dengan anak tirinya yang sangat menjengkelkan.

“Makcik ingat saya hadap sangat ke dengan pangkat angah tu. Makck ingat ye, sampai saya mati. Saya tak akan lupakan apa yang makcik dah buat dekat keluarga saya!” balasku. Biadap!

“Syurah!! Jangan nak kurang ajar dengan mama kamu. Berapa kali ayah kata panggil dia mama?!” sergah Encik Azham. Anaknya sudah melampau! Ikutkan hati mau saja dilempangnya anaknya itu. Tetapi memandangkan anaknya bertukar laku itu memang salah dia. Di sabarkan saja hati.

“Mama? Ha ha ha. Ayah silap besar kalau Syurah panggil perempuan ni mama. Sampai mati pangkat mama untuk dia ni tak akan wujud!”

Pangg!!

Pijar! Perit! Segala kesakitan terkumpul di pipi belah kanan ku. Susana menjadi hening. Mataku mencerlung ke arah Puan Marina , Ayah, dan adik beradik tiriku. Along menarik tangan adiknya berlalu ke luar. Mungkin tidak mahu mencampur tangan. Air mata mak tiriku mengalir deras ke pipi tidak ku hiraukan. Ayah yang sedang menggila itu aku tenung.

“Siapa ajar kau jadi biadap hah? Kau sedar tak yang dia mak tiri kau? Siapa yang ajar kau biadap? Ibu kau ke? Aku tak pernah ajar jadi kau biadap!” herdik Encik Azham tanpa sedar perkataan ‘ibu’ terluncur daripada bibirnya.

Aku tersentak. Bagai api yang yang menyambar membakar diri. Nafas ku sedut kasar. Ini sudah melebih!

“Ibu? Hahaha” soalku penuh sinis. Encik Azham bagai tersedar. Mula menyesal. Tidak patut dia membangkitkan soal ibu Syurah.

“Betul lah tu. Ibu yang ajar Syurah biadap. Sebab apa? Sebab Syurah dah penat. Penat sangat! 

Sangat-sangat penat. Penat dengan ayah, makcik. Penat dengan keperitan hidup Syurah dengan Ibu dulu. Tapi ayah memang tak kesahkan? Langsung tak kesah. Baguslah, sebagai seorang suami dan ayah, ayah adalah seorang yang sangat- sangat bertanggungjawab!” Balasku sambil tersenyum hambar. Air mata yang cuba ditahan tidak mampu ditahan lagi. bukan niatku untuk bertindak diluar jangkaan, bukan aku tidak cuba untuk berubah, namun, luka yang ditinggalkan sangat lah perit…..

<3<3<3

10 tahun yang lalu..

“Ibu, ayah mana?  Adik dah rindu dengan ayah ni. dah lama tak jumpa ayah” aku memeluk ibu dari belakang. Ibu yang sedang melipatkan kain itu menghentikan operasinya.

“Sayang, kan ibu kata ayah tengah kerja. Ayahkan bawak kapal terbang mestilah dia terbang jauh-
jauh.”Balas Puan Syariah sambil mengusap-ngusap pipi anaknya. Dia pun rindukan suaminya juga.

“ye ke, ibu? Ibu ada telefon ayah?” soalku polos. Mataku didongakkan menghala kearah ibu. Ibu cantik! Macam aku!

“Susahlah sayang. Kan ayah kerja. Nanti bos ayah marah. Macam mana kalau ayah kena marah. Kesian ayah. Kesian ayah tak?” soal Puan Syariah ambil tersenyum.

“kesian kesian kesian!” balasku sambil meniru gaya upin ipin. Ibu tergelak dengan telatah ku.

“Ibu , jom kita keluar. Dah lama kita tak main dekat taman. Jom jom jom!” pintaku. Mata dikelip-kelip menunjukkan reaksi comel.


“Boleh sayang. Jom kita salin baju”

“Yeay!!” jeritku keriangan! Sukanya!


<<<>>> 


Sedang kami sedang berjalan. Tiba-tiba mataku menangkap figura seoarang yang sangat aku kenali. Ayah!!

Aku terus berlari meninggalkan ibu yang terkejut melihat aku meninggalkannya. Namaku di laungkan tetapi aku hanya ingin mengejar ayah!

“Ayah!” kaki ayah ku peluk erat.

“Adik rindu ayah! Ayah tindu adik tak?” saolku penuh mengharap. raut wajah ayah mempamerkan riak terkejutnya.

“you siapa ni?” soal seorang permpuan di samping ayah.

“entah lah sayang. I tak kenal pun” balas ayah sambil megerling ku. Kaki yang ku peluk tadi ku lepaskan.

“Syurah kan anak ayah! Ayah tak kenal Syurah ke?” soalku. air mata sudah mengalir.

“Azham?” soal ibu. Matanya jelas riak terkejut.
Suasana hening seketika sebelum Marina menyambung.

“Awak kenal suami saya ke? Ini mesti anak awak kan? Sorrylah dia ingat suami saya ni bapa anak awak.” Marina membalas bagi pihak suaminya.

“Suami? Oh, dah kahwin dah awak ye Azham. Azham ni teman sekolah saya dulu. Boleh saya tahu nama puan siapa ye. Sebab saya rasa saya macam pernah nampak awak.” Ibu bertanya dengan tenang. Wajah ayah tidak dapat ku gambarkan. Mulutku sudah diketup oleh ibu. Itu menunjukkan aku kena diamkan?

“ Oh nama saya Marina. Saya dan Azham baru juga kahwin. Baru 2 bulan. Saya ni kerja pramugari. Mungkin awak pernah jumpa saya kat airport kot. Azham ni pula kerja pilot. Dia lamar saya dalam kapal terbang tau!” balas Marina sambil tersenyum manis. Lengan Azham dirangkulnya erat. Hati Syariah berdarah. Suaminya curang.

“Ye ke? Sweetnya awak Azham. Tak sangka saya. Dulu masa zaman sekolah garang kemain. Hehe.minta maaf ye Azham sebab Syurah ni ingat awak suami saya. Saya minta diri dulu ye, Marina. Azham. Selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak cucu.” Syariah meminta diri. Lengan ku ditarik.

>><< 

Pintu diketuk bertalu-talu. Syariah membuka pintu itu apabila dilihat Azham yang pulang.

“Assalmulaikum abang.”sapa Syariah lembut. Hatinya masih berduka cita. Tapi cuba dimaniskan wajah.

“Apa motif awak hah?” sergah Azham tanap menjawab salam yang dihulurkan oleh Syariah. Rahangnya bergerak laju.


“Maksud abang?”

“kenapa awak keluar tanpa bagi tahu saya hah? Awak intip saya ke?” herdik Azham tanpa sedar suaranya telah mebuatkan aku tersedar.

Aku hanya mendiamkan diri disebalik dinding.

“Kenapa? Maknanya betullah awak dah kahwin lain? Itu tandanya Allah nak tunjukkan dekat saya bahawa suami saya telah berlahwin. Pahit betul madu yang awak hadiahkan buat saya, Azham.” Balas Syariah dengan tenang. Namun hati isteri mana tidak berkecai.

“Bagulah awak dah tahu. Sebenarnya memang dah nak ceraikan awak. Tunggu masa jelah ye.” Ujar Azham selamba. Padanya buat apa ingin disimpan lagi. Dia sudah ada yang lebih baik. Biarpun janda anak satu. Tapi Marina mempunyai pakej yang menjadi  igauan semua lelaki diluar sana. Aset yang dimiliki sudah mampu mebuatkan dia berbangga dengan Marina. Bukan Syariah tidak cantk, malah boleh dikatakan Syariah sama cantik dengan Marina. Mungkin lebih cantik. Tapi hatinya sudah tawar untuk Syariah.

“Baguslah, saya pun harap awak ceraikan saya Azham. Buat apa awak simpan saya lagi. saya pun tidak mahu melukakan hati saya lagi. tahniah dengan perkhawinan awak.” Syariah berkata sayu. Kini dia sangat rapuh.

“Saya nak awak keluar dari sini malam ini juga.kunci kereta semua letak dekat atas almari ye. Ingat segala kemewahan yang saya bagi dulu sila pulangkan. Dan, bawa sekali Syurah. Saya tak perlukan dia.”

“Awak tak boleh kejam terhadap kami , Azham.. sekurang-kurangnya bagi la kami masa sampai esok” Ujar Syariah perlahan. Wajah selamba Azham ditenung.

“Ada saya kesah? Tak Ada kan?”

“Habis kalau Syuarah cari awak, macam mana?”

“cakap saja saya sudah mati. Cukup”

“baiklah kalau itu yang awak mahukan. Halalkan segala makan  minum saya dan Syurah. Saya akan menanti detik untuk awak lepasan saya biarpun ianya pahit..” Tangan Azham ditarik lembut. Mungkin ini kali terakhir. Selapas ini tiada lagi. Azham pula hanya tersenyum senget. Memang itu yang dia inginkan. Oh senangnya hati, tak lama lagi hidupnya bebas tapa dia orang manusia yang menjengkelkan.

Syariah menarik lembut tanganku yang sudah berlenang dengan air mata. Aku bukanlah tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh ibu bapaku. Ini kerana disekolah ramai juga teman-temanku menghadapi situasi ini.

Dalam hujan yang lebat, Aku dan ibu bejalan pelahan dibahu jalan. Tiba-tiba…

<<>> 

“PEMBUNUH!” jeritku bagai orang yang diserang histeria! Air mata merembes jatuh. Tangan ku diawang-awangkan. Mencuba menghalang perkara itu terjadi.

“Syurah, syurah! Bangun sayang. Syurah mimpi ni?” Zakri mengejutkan ku. Pipiku ditepuk pelahan.

“Syurah mimpi benda tu lagi ke sayang? Kan abang dah kata, jangan dikenang semua tu. Tak tenang ayah dengan ibu dekat sana nanti” Zakri menenangkanku. Badan tegapnya ku peluk erat. 
Sungguh aku bencikan disember! Biarpun sudah hampir 20 tahun semua itu berlalu.

Ayahku dan mak tiriku serta dua beradik tiriku maut dalam kebakaran. Mujur aku terselamat dan sempat meminta maaf. Tapi, untuk memaafkan perbuatan ayah yang melanggar ibuku dahulu masih belum sepenuhnya dimaafkan.

Kini aku sudah berkahwin, dikurniakan seoarang cahaya mata. Namun disember masih menjadi igauan ngeri buatku. Di bulan itulah kini, aku menjadi anak yatim piatu. Namun di bulan ini jugalah aku disunting, dijadikan isteri dan menjadi ibu.

Disember, aku tetap menbencimu.

<<>> 

“Ibu!!!” teriakku! Apabila melihat ibu sudah terbaring lesu di atas jalan. Aku bagai dirasuk hanti terus menerpa kearah pemandu yang tidak bertaggungjawab namun langkah ku terhenti apabila melihat gerangan pemandunya. Alangkah terperanjatnya aku apabila bapaku sendiri yang melanggar ibu.

“Kau pembunuh! Kau bunuh ibu aku!”pekikku. Azham bagai terkena renjatan elektrik apabila melihat insan yang dilanggar itu isternya. Dia hanya memerhati anaknya yang sedang meratap ditepi isterinya. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? soal kesal Azham. Dia bagai baru tersedar dari lamunannya yang panjang.
Pelahan-lahan dia melangkah kearah tempat isternya. Cuba dipeluknya aku. Namun aku tepis.

“pembunuh! Kau pembunuh!! Aku benci kau!”


<<tamat>>

kadang-kadang kepahitan sangat pahit untuk ditelan. namun apakan daya, kita sebagai manusia perlulah menghadapinya biarpun kita cuba untuk lari daripadanya.....

Tuesday, 3 June 2014

CERPEN : CINTA BUKAN MILIK KITA



Peluh didahi aku seka dengan hujung lengan baju kurungku. Persiapan terakhir sudah aku lakukan. Majlis pernikahan Aira dan Hafiz akan berlangsung esok. Tak sabar rasanya hati untuk melihat adik bongsuku kahwin.

Gelas yang masih berbaki aku ambil dan lap. Di dapur hanya aku seorang diri. Lagipun sudah lewat malam. Mungkin semua sudah tidur. Namun hanya aku yang masih melakukan perkerjaan.

“Naurah…”Panggil mak. Aku menoleh menghadap mak. Wajah tua yang sangat teruja menanti bakal menantu lelaki sulung dalam keluarga.

“Tak tidur lagi mak? Kan dah lewat malam?”Tanyaku. Mak hanya tersenyum. Cerianya wajah emak.

“Naurah….”Panggil mak sekali lagi.  

“Ya, mak?”Soalku lembut.

“Mak tengok kamu ni macam tak suka aje uruskan perkahwinan ni?” Tanya mak.aku terus 
memandang mak. Pelik! Kenapa pulak aku mesti tidak suka?

“Ehh… mak ni. kenapa pulak akak kena tak suka. Mak ni, kan Aira nak kahwin. Mestilah akak suka.” Balasku bersahaja. Gelas di tangan aku letak diatas dulang balik. Memberi seluruh perhatian terhadap mak yang duduk bersimpuh dihadapanku.

“Tak adalah. Takut juga mak dengan kamu ni. manalah kamu cemburu dengan Aira. Maklumlah dia kahwin dengan orang kaya. Kacak pula tu.” Balas mak sinis. Cukup mengguriskan hati. Perlukah aku cemburu? Tak perlu rasanya. Tapi aku tahu mak bergurau.

“Mak, jodoh akak belum sampai lagi. kalau dah sampai, akak akan kahwin juga. Kaya, kacak belum menentukan keimanan seseorang,mak..” balasku masih berlembut. Mak hanya menjongketkan bahunya.

“Esok, mak nak kamu jadi pengapit. Biar dapat seri pengantin. Nanti lepas ini kamu punya pula!” Canda mak. Mak tertawa kecil. Bahuku ditepuk lembut lalu dia berlalu.
Mak…akak ni yang sepatutnya mak. Bukan Aira….. bisik hatiku. Tanpa sedar air mata menitis jatuh…



“Hafiz, mama tak suka kamu dengan Naurah! Mama dah berkenan dengan anak perempuan kawan baik mama. Mama dah pinangkan dia dah. Minggu depan kamu bertunang!” Tegas Puan Hayati. Wajah begisnya menunjukkan betapa dia membenciku. Air mata cuba ditahan. Tak mungkin aku akan mengalirkan air mata ini. Tak mungkin!

“Mama! Hafiz sayangkan Naurah mama! Apa yang kurangnya Naurah ma?” Soal Hafiz separuh merayu. Aku yang duduk disebelahnya hanya mampu mendiamkan diri. Tak mampu berkata apa-apa. Sisi wajah Hafiz aku perhatikan. Kacak! Biarpun tidak berapa nak putih namun masih terserlah kekacakkannya.

“Sebab ma dah berkenan dengan anak kawan mak! Kamu jangan nak buat onar,Hafiz. Kamu mesti kahwini Aira! Wajib!” Arah Puan Hayati. Aira? Macam aku kenal nama itu. Tak mungkin dia.

“Aira? Maksud mama, Nur Aira Mawaardah?” Hafiz memandang wajah mamanya silih berganti dengan wajahku. Aku agak tersentak medengar soalannya. Mana mungkin , itu nama adik bongsuku! Tak mungkin!

“Eh, mana kamu kenal dengan Aira?”

Dumm….

 Bagai ada batu besar menghempap atas kepalaku. Aku memandang wajah Hafiz yang nyata sudah terkejut. Ya Allah! Dugaan apa ini…

“Er.. awak.. puan.. saya nak minta diri dulu. Dah lewat petang. Nanti takut mak saya marah. Saya minta diri dulu.” pamitku. Aku menyalam tangan Puan Hayati. Puan Hayati mencebik. Disambutnya tanganku acuh tidak acuh. Wajah mendung Hafiz aku perhati.

“Baguslah.. lagipun awak tu bukan dijemput pun”Sempat disindirnya aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Lalu bergerak kearah pintu. Namun masih sempat mata redup milik Hafiz memandangku.

Sabarlah sayang.. andai ada jodoh. Kita tetap akan bersatu. Bisik hati Hafiz.

Masuk sahaja dalam kereta. Air mataku laju menurun ke pipi. Seperti kebiasaan, Aira tetap menjadi pilihan. Bukan sahaja cantik. Malah berpelajaran. Kelulusan dari Mesir menyebabkan ramai mengganggap Aira mempunyai pakej yang lengkap. Namun aku apa kurangnya, mungkin tidaklah secantik Aira. Namun aku juga ada kelulusan dari luar Negara. Tapi tidaklah dari Mesir. Aku berkelulusan Perundangan dari Universiti Oxford sebaliknya Aira berkelulusan Tasawuf dari Universiti al-Azhar. Maknanya tahap aku masih setaraf dengan Aira. Namun kenapa mesti Aira? Makin lebat air mataku.



“Akak..”Lamunanku tersentak apabila Aira memandangku dengan wajah yang sayu.

“Kenapa sayang?” Aku memeluk bahunya. Aira pula menyandarkan kepalanya dibahuku.

“Akak rasa adik akan bahagia tak?” soal Aira bagai anak kecil. Rambutnya aku usap lembut.

“mestilah…” balasku lembut. Kerutan disahinya aku belai. Dah nama anak manja. Mesti gedik dia lain macam.

“Akak, bahagia?” Soal Aira lagi. aku tersentak. Wajahnya aku tenung. Segala pergerakkan berhenti.
Aku menghela nafas berat. Perlukah aku menjawab?

“Kenapa sayang tanya?”

“Adik rasa macam Akak tak bahagia” luah Aira. Nampak sangat ke? Taklah..

“Kenapa akak perlu tak bahagia? Aira… aira kan dah nak kahwin. Mesti akak bahagia. Kenapa tiba-tiba tanya ni?” soalku kehairanan.

“Aira nampak Hafiz macam tak suka dengan perkahwinan ni. dia…dia macam terpaksa kak..” Ujar Aira cuba menahan sendu. Aira, maafkan akak…
Aku menarik nafas. Cuba ditahan amukan resah yang semakin mengila didalam hati. Wajah Aira yang polos aku perhatikan. Kesian adik akak kena melalui semua ini..

“Perasaan Aira saja kut. Kalau dia tidak sayangkan Aira mana mungkin dia nak pinang Aira kan?”

“Ye.. tapi Aira rasa macam kena kahwin paksa pulak.”Aira tertawa kecil dalam sendu. Aku hanya diam sahaja. Tidak tahu untuk beraksi bagaimana. Kalaulah Aira tahu..

“Akak, Aira dengar ex akak nak kahwin jugak eh?” Soal Aira setelah hampir sepuluh minit kami mendiamkan diri.

“Haah..” jawabku pendek.

“Kenapa putus?”

“Tak payah tahu lah adik oi! Dah, pergi tidur! Esok dah nak nikah hari ini tidur lambat!” Aku cuba lari dari topik. Malas hendak memanjangkan cerita.

“Hari in nak tidur dengan akak. Last day, akak. Esok peluk orang lain pulak.” Aira ketawa gatal. Tak padan dengan ustazah. Gatal!

“Gatalnya Ustazah Wardah ni! malulah orang dengar! Yelah.. dah tidur cepat..” Arahku. Aku lihat Aira sudah menarik selimut. Mulutnya terkumat kamit membaca doa.



“Naurah rasa betul ke tindakkan kita ini?” Soal Hafiz kepadaku. Kini semua sudah berada di dalam rumah. Aku sebagai penyambut tetamu menyebabkan dengan mudah dia bertanya. Hafiz yang sudah lengkap berpakaian akad nikah serba putih serona dengan Aira. Cukup menyebabkan hati aku menangis.

Mana mungkin aku dapat tersenyum gembira diatas duka ku sendiri. Hafiz juga tidak seperti pengantin lelaki yang tidak sabar untuk mengangat akad ijab dan Kabul.
Aku diam. Malas hendak menjawab soalan hafiz. Dengan berpurdah, aku harap dai tidak mengenali aku.

“Jangn berdiam diri Naurah… saya tahu itu awak.” Tegasnya. Namun aku masih berdiam diri. Dlihat semua pihak rombongan lelaki suda masuk kedalam kediaman kami. Cuma Hafiz masih disini. Mengahad wajahnku hanya hanya Nampak mata sahaja.

“Tak akan Naurah dah lupakan pasa kita?” Soal Hafiz perlahan. Sarat dengan perasaan sedih. Aku dapat rasakan itu. Aku merenung mata Hafiz  buat kali terakhir mungkin.

Aku menarik nafas berat. Terkayar diingatan disaat kami mula menyulam cinta di Oxford dulu. 
Semuanya manis. Namun kenangan itu berlayar berlalu dari minda disaat aku teringatkan bahawa Hafiz akan bernikah dengan Aira.

“ ‘Kita’ sudah habis untuk kita.  Lepas ini tiada kita. Yang hanya ada cuma kakak ipar dan adik ipar. Tu aje.” Balasku pendek. Aku berlalu kedalam enggan berlama diluar. Takut aku akan akan jadi orang lain pula. Aku duduk didalam bersebelahan dengan Aira. Hari ini tema Arab. Aira menggunakan niqab. Aku juga tidak terkecuali. Cantik Aira berbusana abaya berwarna putih dan sedikit labuci di tangan dan dihujung kain.

“mari kita mulakan..” ucap tok kadi. Setelah segala urusan yang perlu diselesaikan.

“Hafiz Huzair bin Hamdan”

“Saya” Sahut Hafiz. Namun matanya sempat memandangku dengan pandangan yang sangat sarat dengan kekesalan.

 Maafkan saya, hafiz.. bisi hatiku.

“Aku nikah dan kahwinkan akan dikau dengan Nur Aira Mawaardah dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya seratus dua puluh ringgit, tunai”

Ya Allah kuatkan hati ku! Aku tidak sanggup melihat mahupun mendengar! Aku bagai ingin rebah saat ini. Ya Allah!

“Nanti!” teriak along! Dia datang tergesa-gesa dari dapur. Semua memandang pelik kearahya.

“Kenapa along?” soal mak. Tingkah anaknya sudah menyebabkan majlis ini terganggu.

“Saya tidak izinkan majlis ini berlangsung!” tegas along sambil melihat kearahku. Kenapa pula?

“Kenapa?” serentak mak dan Puan Hayati menanyakan kepada along.

“Maaf semua. Boleh saya meminjam ahli keluarga terdekat saya sekejap?” Soal along. Tok kadi hanya mengganggukan kepalanya.

“Mari..” along mengajakku dan Aira naik keatas. Tidak terkecuali mak, puan Hayati dan Hafiz untuk naik ke atas.

“Kenapa ni along?” soal mak tidak puas hati.

“Sampai bila kita hendak mendera hati angah mak?” Soal along. Aku tersentak! Kenapa dengan aku? Wajah along perhati. Ada riak tidak puas hati disitu. Adakah along sudah mengetahui? Ya Allah, minta-mintalah tidak.

“Kenapa dengan angah? Dan apa kena mengena dengan anak saya?” soal Puan Hayati bertubi-tubi. Wajahnya sudah menunjukkan riak ketidak puasan hatinya.

“Angah. Kenapa ni?” soal mak resah.

“Tak ada apa-apa mak. Along kenapa ni?” kini aku pula yang menyoal kepada along.
Puan Hayati tersentak apabila mendengar suara aku.

“Buka niqab kamu angah..” arah along. Namun aku hanya mendiamkan diri. Mata sempat melirik kearah Hafiz yang sudah menundukkan wajahnya.

Melihat keenganan aku untuk mebuka niqabku. Tidak semena-mena niqabku ditarik oleh along. 
Kini wajahku terpampang dihadapan Puan Hayati. Aku tersentak. Aku menarik semula niqabku namun sempat dihalang oleh Aira. Aira merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsir.

“Kamu… Naurah?” soal Puan Hayati tergagap-gagap.

“Ye, dia Naurah! Bakal menantu yang puan tidak hadap. Dia kakak kepada Aira. Untuk pengetahuan semua, Naurah adalah kekasih Hafiz sejak di Oxford lagi!” jelas Along. Kini semua rahsiaku terbentang luas. Tiada satu pun yang disemubunyi.

“Apa ini angah? Kenapa tidak bagi tahu mak?”

“Tak ada yang perlu diberi tahu mak”jawabku perlahan. Aira hanya mendiamkan diri. Tidak perlu untuk bersuara. Rasanya tidak perlu.

“Betul ke apa yang along cakap tu?” soal mak buat sekian kali. Puan Hayati hanya mendiamkan diri.

Aku hanya menganggukan kepala.

“Mama… restuilah hubungan kami. Hafiz sayangkan Naurah. Bukan Aira” Hafiz merayu kepada Puan Hayati sambil melutut dihadapan Puan Hayati.
Semua disini diam dan kelu. Melihat air mata lelaki Hafiz menitis membuatkan hati aku turut menangis hiba. Air mata tidak dapat dibendung apabila Aira memeluk bahuku erat.

“Terimalah dia, kak. Ambillah hak akak. Adik tidak mahu!” bisik Aira membuatkan air mataku laju membelah pipi. Tapi, akak tak mampu terima dia adik. Getus hatiku penuh hiba.

“Hafiz..mama restu sayang..” Puan Hayati memberi restu. Semua mengucap syukur. Namun tidak aku.

“Awak...”Panggilku.. aku nekad! Aku tidak mungkin terima dia. Tidak!

“Saya tak nak kahwin dengan awak!” ujar ku pelahan semua yang berada di ruang tamu itu terperanjat dengan pengakuan berani matiku.

“Kenapa?!”Serantak mereka menanyakan kepadaku.

Belum sempat aku bersuara. Tiba-tiba pandangan mataku menjadi kelam. Aku sempat mendengar semua menjerit memanggil namaku. Sebelum duniaku kelam…



“Doktor, kenapa sejak kenbelakangan ini saya sering sakit kepala. Dia berdebyut di bahagian kiri.”Aduku. memang ye. Aku kerap sakit kepala. Malah sering hamoir pitam di mahkamah, tapi hampir sahajalah.

“Emm, saya pun tak pasri. Kerap sangat ke? Cik…err..”

“Cik Naurah.”pintasku apabila doktor muda itu tidak mengetahui namaku.

“Beginilah Cik Naurah. Saya akan buka surat untuk cik membuat pemeriksaan secara detail untuk penyakit cik ini. Mungkin migraine. Atau…” Jawab doktor itu serba salah.

“Atau apa doktor?” Gesaku.

“saya tak pastilah,cik Naurah. Selagi kita tak buat pemeriksaan mendalam terhadap cik. Tidak membuat imbasan CT untuk mengetahui kedudukan sebenarnya otak cik.”jelass doktor muda itu. 

Aku hanya menganggukan kepala.

“Baiklah doktor. Terima kasih.”ucapku. setelah mendapat surat kebenaran dari doktor muda itu. Aku membuat bayaran.

Aku melangkah keluar dari klinik itu. Namun langkah ku pegun apabila aku melihat Aira dan Hafiz sedang beriringan. Tangan mereka penuh dengan barangan keperluan kahwin. Tanpa sedar air mataku menitis.

Aku berlari dan terus masuk kedaalam kereta. Hati aku sakit! Sangat sakit!

‘wajarkah aku berterus terang?’ soalku sendiri.

‘wajar Naurah. Kau sepatutnya berterus terang. Mungkin sekarang kau dah bahagia. Bukan Aira!’ sapa satu suara membutakan aku tertoleh kiri dan kanan. Namun tiada siapa.

‘Naurah, takkan kau nak lukakan hati mak kau? Along? Tak salah kau berkorban untuk Aira.’ Suara lain pula menyampuk. Sedarlah aku kini bahawa yang berbicara denganku ialah hatiku sendiri.

‘tapi sampai bila kau nak berkorban? Kau ingat tak disaat Amran, bekas bakal tunang kau berkenan dengan Aira. Apa kau buat? Kau diamkan. Kau putuskan hubungan kau dengan dia. Alasan kau apa? Sebab kau nak Aira bahagia kan? Tapi sampai bila?’ soal hatiku.

“Tapi Aira tak terima dia!” jawabku. Tapi ada betul juga..

‘Naurah, kau dah boleh fikir. Naurah. Tak salah kau berkorban. Mungkin ini kali yang terakhir. Lepas ini kau carilah cinta lain. Kau kena kuat Naurah. Allah sentiasa ada dengan kau’ nasihat suara yang lain. Aku meraup wajahku.  
Bibir diketap. Manahan sedu yang membadai diri. Aku sayangkan Hafiz. Malah aku cintakan dia! 

Ya Allah, bertapa beratnya dugaanmu untukku.


“Sampai hati kakak tipu kita. Mak, kenapa kakak kena uji macam ini?” Aku mendengar Aira menangis dibahu mak.

“Akak. Cepatlah bangun! Berapa lama akak nak ‘tidur’ sayang?” soal mak. Aku dapat merasakan tangan kasar mak membelai rambutku.

“Angah.. bangunlah! Dah setahun sayang. Along dah rindu suara angah!” kini aku mendengar suara along. Dalam tiga adik beradikku termasuk mak. Hanya along sahaja yang memanggilku angah. 

Katanya , gelaran angah dengan aku sangat sesuai. Garang, tapi penyayang!

“bangunlah, sayang! Kami sentiasa rinduan kamu. Hafiz pun sama.” Rayu mak. Hatiku menangis hiba. Seorang ibu merayu kepada anaknya supaya bangkit dari lena yang panjang. Namun aku tidak mampu. Air mata yang mengalir diseka mak.

‘mak, akak rindu akak!’ getus hatiku.

“Mak pakaikan angah tudung. Hafiz nak masuk..” terdengar suara along mengarahkan mak memakaikan aku tudung. Aku hanya kaku. Untuk bangun, kudratku belum ada.
Setelah tudungku dipakai, semua keluar membenarkan Hafiz berbicara denganku.

“Assalamualaikum, sayang..” Hafiz memberi salam kepadaku. Sempat aku menjawab walaupin hakikatnya hanya Allah yang mendengar.

“Hari ini genap setahun awak tidur. Awak tak nak bangun ke?” Soal Hafiz lembut.

‘Saya nak bangun.. tapi saya tak kuat..’ balasku lirih. Yakinlah bahawa aku juga ingin bangkit.

“Doktor dah sahkan yang awak sudah pulih. Ketumbuhan dalam otak awak juga sudah selamat dikeluarkan. Bangunlah, Naurah……. Bina hidup dengan saya. Kita kahwin..” sambung Hafiz menahan sebak. Wajah sayu aku diperhatikan. Abang rindukan sayang…

Nafasku sudah tidak sekata. Air mata sudah mengalir.

“Andai kata awak sudah lelah. Pergilah, saya tidak menghalang. Bahkan kami dengan rela hati membenarkan. Biarpun berat, Naurah…”

Aku terharu mendengar ucapanya. Namun aku sudah semakin lemah.. mak, maafkan akak. Along, maafkan angah. Adik, maafkan akak. Ketahuilah aku sangat sayang mereka. Dan , Hafiz, maafkan saya. Saya cintakan awak. Saya tunggu awak ye?

“Nurul Naurah Syifa… tunggu saya disyurga.InsyaAllah.. Pergilah sayang…tunggu abang. Aag susur dikemudain hari”

Seusai Hafiz berkata-kata. Nafasku sudah memberat. Hafiz memandangku dengan pendangan yang sayu. Dan aku….

Perginya sebuah cinta….dimana tiada penyatuan hati untuk kita. Aku yakin cinta kita bukan untuk didunia. Tetapi untuk disyurga. Pergilah sayang…..bisik sayu hati Hafiz. Namun dibibirnya mekar sebuah senyuman pilu mengiringi pemergianku. Air matanya turut mebelah pipi. Tidak diseka mahupun menepis. Saya akan tunggu awak, Hafiz…


<Tamat>

Wednesday, 12 February 2014

Dia...SweetTalker

Prolog
“Damia, kau pasti ke nak usha mamat tu?” Soal Syarah untuk mendapatkan kepastian. Padahal dah hamper sepuluh kali dia menyoal benda yang sama.
“Mestilah! Dia kan mamat yang cukup sifat yang akan menjadi mangsa akuytang seterusnya. Ha….ha…” selamba Aku menjawab pertanyaan Syarah. Mata masih terarah kepada jejaka terhangat yang menjadi perhatianku dari tadi.
“Suka hati kaullah! Jangan dia yang tak terpikat kau pula yang terpikat!”
Helo, ni Damia lah! Confirm  tak tersungkur punya!”Kaki diarah meninggalkan si Syarah apabila mendapati Syarah sedang bergayut dengan suaminya. Maklumlah sorang dekat U.K, sorang lagi tersadai dekat Johor. Pjj la ni. Perkahwinan Jarak Jauh.
“Hai. Err, saya sebenarnya dah tersesat ni. boleh bagi tahu tak Hutan Reakesi UTM dekat mana ye?” Aku menyapa si jejaka tersebut. Sesat? Ini kawasan, gua pegang! Peh pulak nak sesat-sesat bagai ni hanya perangkap semata!
Damien Asyraf

“Hai? Hmm, tapi saya rasa awak memang orang sinikan? Studi sini lagi. Hohohoho  kantoi nak usha saya.” Balas lelaki itu sejurus mengangkat mukanya menghadap aku. Terdengar ketawa kecil terbit di bibir itu.OMG!!! Handsomenya!!!!! Terpana aku dibuatnya.
“Ehh mana ada! Perasannya awak ni!” sangkalku. Gila meroyan nak mengaku! Darah mula menyerbu ke muka aku yang putih melepak ni.
“Yeke? Kalau ye apa salanya. Awak comel!” Ucap lelaki itu sambil tersengih. Terserlah kemanisan di bibir merah jambu itu.
“ Nama saya Damien. Damien Asyraf. Nama awak pula?” Sambung Damien sebelum sempat aku mencantas. Pehhhh, cair siot!
“Errr.... Nama saya Damia. Damia Airsyah” balasku tergagap-gagap. Sejak bila pula aku jadi gagap?
ha…ha..ha..”
Dia ketawa? Tapi kenapa? Aku memandang pelik kearahnya. Tempat duduk batu di tepi tasik buatan di UTM ini gamat dengan surannya. Haihh, cair lagi!
“Asal awak gelak? Dah buang tebiat?” soalku kebinggungan. Ketawanya semakin lama semakin perlahan dan sudah sampai ke titik noktahnya.
Dia memandang ku dengan pandangan yang susah untuk ditafsir. Senyamannya masih terbias di bibir itu.
“Awa ni comel la. Awak perasan tak nama kita ni comel!” Balas Damien sambil tersenyum manis.
“Comel? Mana ada comel. Awak Damien, Saya Damia. Awak Asyraf. Errr…  saya Airsyah.” Ok, aku dah tahu mana yang comel sangat tu. DA-DA. Haihhhh.
Dia ketawa lagi. Dia ni memang asyik ketawa jeke? Masalah lah dia ni.
“OKlah. Saya nak balik. Bye!” ujarku. Sesi mengusah dibatalkan sebab dia ni macam pelik sikt.
“Eh? Saya belum bagi tau lagi Hutan Reakreasi dekat mana!” jawabnya. Sinis. See? Kan dia ni pelik. Masalah!

Kaki dihayun ke arah kereta yang sudah berpenghuni . Syarah sudah didalam. pintu di buka. Aku sudah memberi amaran kepada Syarah supaya tidak banayk soal. Panduan ku menghala ke Taman Bukit Indah.

 Damia Airsyah


#Pesanan penaja. haha prolog agak sikitkan? memang sikit pun sebab prologkan? 2 pages lebih je kot. hehehehe hope ade yang membaca.