Friday, 27 June 2014

Disembar, Aku membencimu....

Bulan disember kini tiba. Bulan yang sangat Aku takuti. Selalunya bulan disember lah menjadi bulan yang dinanti-nanti buat anak-anak kecil. Buat ibu bapa dan semua di muka bumi ini. Tapi tidak untuk aku.

Nafas dihela. Gambar di tepi meja itu aku ambil. Sungguh aku rindukan mereka. Sangat!

“Kak Ngah, jom makan!” sergah adik tiriku. Belakang bahuku dipaut. Dia sangat manja. Tetapi untuk merenyam bersama aku memang jarang sekali. Lengannya aku leraikan. Rimas membelenggu diri. Mataku mencerlung garang terhadapnya menyebabkan moodnya yang sebentar tadi ceria menjadi kelam. Tapi ada aku kesah, tidakkan?

Aku melangkah menonong tanpa melihat mukanya. Bukan aku tak tahu yang dia sedang bermuram durja. Aku tak akan pujuk! Tak akan! Kaki menghala ke dapur. Suasana sangat sunyi tidak seperti 10 tahun yang lepas. Nafasku dihela. Entah sampai bila aku nak jadi macam ni pun aku tak pasti. Tapi yang pastinya luka dihati teramat perit, tidak mungkin dapat sembuh.

“Kak Ngah , adik mana? Tadi bukan dia ke yang panggil akak turun?” soal ayah memandang lembut kearah ku. Oh tolonglah! Aku bukan kak ngah! Bentakku dalam diam.

“Ayah, stop calling me , kak ngah! I’m not kak ngah! Sampai adik mati adik takkan jadi kak ngah! Kalau tak nak panggil adik, just call me, Syurah. That’s my name.” ujar ku tegas tanpa menjawab pertanyaan ayah. Wajah tenang ayah ku pandang sekilas. Muram. Tapi ini yang mampu aku lakukan. Aku benci! Aku benci dengan kehidupan ku yang sekarang.

“Syurah, jangan biadap dengan ayah. Apa salahnya kalau ayah panggil Syurah, kak ngah. Pangkat Syurah kan” Sampuk Puan Marina lembut. Ikutkan hati dia malas nak bercampur dengan anak beranak ini. Tapi kalau dah meosakkan mood suaminya makan, dia tak akan berdiam diri. Biarpun dengan anak tirinya yang sangat menjengkelkan.

“Makcik ingat saya hadap sangat ke dengan pangkat angah tu. Makck ingat ye, sampai saya mati. Saya tak akan lupakan apa yang makcik dah buat dekat keluarga saya!” balasku. Biadap!

“Syurah!! Jangan nak kurang ajar dengan mama kamu. Berapa kali ayah kata panggil dia mama?!” sergah Encik Azham. Anaknya sudah melampau! Ikutkan hati mau saja dilempangnya anaknya itu. Tetapi memandangkan anaknya bertukar laku itu memang salah dia. Di sabarkan saja hati.

“Mama? Ha ha ha. Ayah silap besar kalau Syurah panggil perempuan ni mama. Sampai mati pangkat mama untuk dia ni tak akan wujud!”

Pangg!!

Pijar! Perit! Segala kesakitan terkumpul di pipi belah kanan ku. Susana menjadi hening. Mataku mencerlung ke arah Puan Marina , Ayah, dan adik beradik tiriku. Along menarik tangan adiknya berlalu ke luar. Mungkin tidak mahu mencampur tangan. Air mata mak tiriku mengalir deras ke pipi tidak ku hiraukan. Ayah yang sedang menggila itu aku tenung.

“Siapa ajar kau jadi biadap hah? Kau sedar tak yang dia mak tiri kau? Siapa yang ajar kau biadap? Ibu kau ke? Aku tak pernah ajar jadi kau biadap!” herdik Encik Azham tanpa sedar perkataan ‘ibu’ terluncur daripada bibirnya.

Aku tersentak. Bagai api yang yang menyambar membakar diri. Nafas ku sedut kasar. Ini sudah melebih!

“Ibu? Hahaha” soalku penuh sinis. Encik Azham bagai tersedar. Mula menyesal. Tidak patut dia membangkitkan soal ibu Syurah.

“Betul lah tu. Ibu yang ajar Syurah biadap. Sebab apa? Sebab Syurah dah penat. Penat sangat! 

Sangat-sangat penat. Penat dengan ayah, makcik. Penat dengan keperitan hidup Syurah dengan Ibu dulu. Tapi ayah memang tak kesahkan? Langsung tak kesah. Baguslah, sebagai seorang suami dan ayah, ayah adalah seorang yang sangat- sangat bertanggungjawab!” Balasku sambil tersenyum hambar. Air mata yang cuba ditahan tidak mampu ditahan lagi. bukan niatku untuk bertindak diluar jangkaan, bukan aku tidak cuba untuk berubah, namun, luka yang ditinggalkan sangat lah perit…..

<3<3<3

10 tahun yang lalu..

“Ibu, ayah mana?  Adik dah rindu dengan ayah ni. dah lama tak jumpa ayah” aku memeluk ibu dari belakang. Ibu yang sedang melipatkan kain itu menghentikan operasinya.

“Sayang, kan ibu kata ayah tengah kerja. Ayahkan bawak kapal terbang mestilah dia terbang jauh-
jauh.”Balas Puan Syariah sambil mengusap-ngusap pipi anaknya. Dia pun rindukan suaminya juga.

“ye ke, ibu? Ibu ada telefon ayah?” soalku polos. Mataku didongakkan menghala kearah ibu. Ibu cantik! Macam aku!

“Susahlah sayang. Kan ayah kerja. Nanti bos ayah marah. Macam mana kalau ayah kena marah. Kesian ayah. Kesian ayah tak?” soal Puan Syariah ambil tersenyum.

“kesian kesian kesian!” balasku sambil meniru gaya upin ipin. Ibu tergelak dengan telatah ku.

“Ibu , jom kita keluar. Dah lama kita tak main dekat taman. Jom jom jom!” pintaku. Mata dikelip-kelip menunjukkan reaksi comel.


“Boleh sayang. Jom kita salin baju”

“Yeay!!” jeritku keriangan! Sukanya!


<<<>>> 


Sedang kami sedang berjalan. Tiba-tiba mataku menangkap figura seoarang yang sangat aku kenali. Ayah!!

Aku terus berlari meninggalkan ibu yang terkejut melihat aku meninggalkannya. Namaku di laungkan tetapi aku hanya ingin mengejar ayah!

“Ayah!” kaki ayah ku peluk erat.

“Adik rindu ayah! Ayah tindu adik tak?” saolku penuh mengharap. raut wajah ayah mempamerkan riak terkejutnya.

“you siapa ni?” soal seorang permpuan di samping ayah.

“entah lah sayang. I tak kenal pun” balas ayah sambil megerling ku. Kaki yang ku peluk tadi ku lepaskan.

“Syurah kan anak ayah! Ayah tak kenal Syurah ke?” soalku. air mata sudah mengalir.

“Azham?” soal ibu. Matanya jelas riak terkejut.
Suasana hening seketika sebelum Marina menyambung.

“Awak kenal suami saya ke? Ini mesti anak awak kan? Sorrylah dia ingat suami saya ni bapa anak awak.” Marina membalas bagi pihak suaminya.

“Suami? Oh, dah kahwin dah awak ye Azham. Azham ni teman sekolah saya dulu. Boleh saya tahu nama puan siapa ye. Sebab saya rasa saya macam pernah nampak awak.” Ibu bertanya dengan tenang. Wajah ayah tidak dapat ku gambarkan. Mulutku sudah diketup oleh ibu. Itu menunjukkan aku kena diamkan?

“ Oh nama saya Marina. Saya dan Azham baru juga kahwin. Baru 2 bulan. Saya ni kerja pramugari. Mungkin awak pernah jumpa saya kat airport kot. Azham ni pula kerja pilot. Dia lamar saya dalam kapal terbang tau!” balas Marina sambil tersenyum manis. Lengan Azham dirangkulnya erat. Hati Syariah berdarah. Suaminya curang.

“Ye ke? Sweetnya awak Azham. Tak sangka saya. Dulu masa zaman sekolah garang kemain. Hehe.minta maaf ye Azham sebab Syurah ni ingat awak suami saya. Saya minta diri dulu ye, Marina. Azham. Selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak cucu.” Syariah meminta diri. Lengan ku ditarik.

>><< 

Pintu diketuk bertalu-talu. Syariah membuka pintu itu apabila dilihat Azham yang pulang.

“Assalmulaikum abang.”sapa Syariah lembut. Hatinya masih berduka cita. Tapi cuba dimaniskan wajah.

“Apa motif awak hah?” sergah Azham tanap menjawab salam yang dihulurkan oleh Syariah. Rahangnya bergerak laju.


“Maksud abang?”

“kenapa awak keluar tanpa bagi tahu saya hah? Awak intip saya ke?” herdik Azham tanpa sedar suaranya telah mebuatkan aku tersedar.

Aku hanya mendiamkan diri disebalik dinding.

“Kenapa? Maknanya betullah awak dah kahwin lain? Itu tandanya Allah nak tunjukkan dekat saya bahawa suami saya telah berlahwin. Pahit betul madu yang awak hadiahkan buat saya, Azham.” Balas Syariah dengan tenang. Namun hati isteri mana tidak berkecai.

“Bagulah awak dah tahu. Sebenarnya memang dah nak ceraikan awak. Tunggu masa jelah ye.” Ujar Azham selamba. Padanya buat apa ingin disimpan lagi. Dia sudah ada yang lebih baik. Biarpun janda anak satu. Tapi Marina mempunyai pakej yang menjadi  igauan semua lelaki diluar sana. Aset yang dimiliki sudah mampu mebuatkan dia berbangga dengan Marina. Bukan Syariah tidak cantk, malah boleh dikatakan Syariah sama cantik dengan Marina. Mungkin lebih cantik. Tapi hatinya sudah tawar untuk Syariah.

“Baguslah, saya pun harap awak ceraikan saya Azham. Buat apa awak simpan saya lagi. saya pun tidak mahu melukakan hati saya lagi. tahniah dengan perkhawinan awak.” Syariah berkata sayu. Kini dia sangat rapuh.

“Saya nak awak keluar dari sini malam ini juga.kunci kereta semua letak dekat atas almari ye. Ingat segala kemewahan yang saya bagi dulu sila pulangkan. Dan, bawa sekali Syurah. Saya tak perlukan dia.”

“Awak tak boleh kejam terhadap kami , Azham.. sekurang-kurangnya bagi la kami masa sampai esok” Ujar Syariah perlahan. Wajah selamba Azham ditenung.

“Ada saya kesah? Tak Ada kan?”

“Habis kalau Syuarah cari awak, macam mana?”

“cakap saja saya sudah mati. Cukup”

“baiklah kalau itu yang awak mahukan. Halalkan segala makan  minum saya dan Syurah. Saya akan menanti detik untuk awak lepasan saya biarpun ianya pahit..” Tangan Azham ditarik lembut. Mungkin ini kali terakhir. Selapas ini tiada lagi. Azham pula hanya tersenyum senget. Memang itu yang dia inginkan. Oh senangnya hati, tak lama lagi hidupnya bebas tapa dia orang manusia yang menjengkelkan.

Syariah menarik lembut tanganku yang sudah berlenang dengan air mata. Aku bukanlah tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh ibu bapaku. Ini kerana disekolah ramai juga teman-temanku menghadapi situasi ini.

Dalam hujan yang lebat, Aku dan ibu bejalan pelahan dibahu jalan. Tiba-tiba…

<<>> 

“PEMBUNUH!” jeritku bagai orang yang diserang histeria! Air mata merembes jatuh. Tangan ku diawang-awangkan. Mencuba menghalang perkara itu terjadi.

“Syurah, syurah! Bangun sayang. Syurah mimpi ni?” Zakri mengejutkan ku. Pipiku ditepuk pelahan.

“Syurah mimpi benda tu lagi ke sayang? Kan abang dah kata, jangan dikenang semua tu. Tak tenang ayah dengan ibu dekat sana nanti” Zakri menenangkanku. Badan tegapnya ku peluk erat. 
Sungguh aku bencikan disember! Biarpun sudah hampir 20 tahun semua itu berlalu.

Ayahku dan mak tiriku serta dua beradik tiriku maut dalam kebakaran. Mujur aku terselamat dan sempat meminta maaf. Tapi, untuk memaafkan perbuatan ayah yang melanggar ibuku dahulu masih belum sepenuhnya dimaafkan.

Kini aku sudah berkahwin, dikurniakan seoarang cahaya mata. Namun disember masih menjadi igauan ngeri buatku. Di bulan itulah kini, aku menjadi anak yatim piatu. Namun di bulan ini jugalah aku disunting, dijadikan isteri dan menjadi ibu.

Disember, aku tetap menbencimu.

<<>> 

“Ibu!!!” teriakku! Apabila melihat ibu sudah terbaring lesu di atas jalan. Aku bagai dirasuk hanti terus menerpa kearah pemandu yang tidak bertaggungjawab namun langkah ku terhenti apabila melihat gerangan pemandunya. Alangkah terperanjatnya aku apabila bapaku sendiri yang melanggar ibu.

“Kau pembunuh! Kau bunuh ibu aku!”pekikku. Azham bagai terkena renjatan elektrik apabila melihat insan yang dilanggar itu isternya. Dia hanya memerhati anaknya yang sedang meratap ditepi isterinya. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? soal kesal Azham. Dia bagai baru tersedar dari lamunannya yang panjang.
Pelahan-lahan dia melangkah kearah tempat isternya. Cuba dipeluknya aku. Namun aku tepis.

“pembunuh! Kau pembunuh!! Aku benci kau!”


<<tamat>>

kadang-kadang kepahitan sangat pahit untuk ditelan. namun apakan daya, kita sebagai manusia perlulah menghadapinya biarpun kita cuba untuk lari daripadanya.....

No comments:

Post a Comment