Peluh didahi aku seka
dengan hujung lengan baju kurungku. Persiapan terakhir sudah aku lakukan.
Majlis pernikahan Aira dan Hafiz akan berlangsung esok. Tak sabar rasanya hati
untuk melihat adik bongsuku kahwin.
Gelas yang masih
berbaki aku ambil dan lap. Di dapur hanya aku seorang diri. Lagipun sudah lewat
malam. Mungkin semua sudah tidur. Namun hanya aku yang masih melakukan
perkerjaan.
“Naurah…”Panggil mak.
Aku menoleh menghadap mak. Wajah tua yang sangat teruja menanti bakal menantu
lelaki sulung dalam keluarga.
“Tak tidur lagi mak?
Kan dah lewat malam?”Tanyaku. Mak hanya tersenyum. Cerianya wajah emak.
“Naurah….”Panggil mak
sekali lagi.
“Ya, mak?”Soalku
lembut.
“Mak tengok kamu ni
macam tak suka aje uruskan perkahwinan ni?” Tanya mak.aku terus
memandang mak.
Pelik! Kenapa pulak aku mesti tidak suka?
“Ehh… mak ni. kenapa
pulak akak kena tak suka. Mak ni, kan Aira nak kahwin. Mestilah akak suka.”
Balasku bersahaja. Gelas di tangan aku letak diatas dulang balik. Memberi seluruh
perhatian terhadap mak yang duduk bersimpuh dihadapanku.
“Tak adalah. Takut juga
mak dengan kamu ni. manalah kamu cemburu dengan Aira. Maklumlah dia kahwin
dengan orang kaya. Kacak pula tu.” Balas mak sinis. Cukup mengguriskan hati.
Perlukah aku cemburu? Tak perlu rasanya. Tapi aku tahu mak bergurau.
“Mak, jodoh akak belum
sampai lagi. kalau dah sampai, akak akan kahwin juga. Kaya, kacak belum
menentukan keimanan seseorang,mak..” balasku masih berlembut. Mak hanya
menjongketkan bahunya.
“Esok, mak nak kamu
jadi pengapit. Biar dapat seri pengantin. Nanti lepas ini kamu punya pula!”
Canda mak. Mak tertawa kecil. Bahuku ditepuk lembut lalu dia berlalu.
Mak…akak ni yang sepatutnya
mak. Bukan Aira….. bisik hatiku. Tanpa sedar air mata menitis jatuh…
“Hafiz, mama tak suka
kamu dengan Naurah! Mama dah berkenan dengan anak perempuan kawan baik mama.
Mama dah pinangkan dia dah. Minggu depan kamu bertunang!” Tegas Puan Hayati.
Wajah begisnya menunjukkan betapa dia membenciku. Air mata cuba ditahan. Tak
mungkin aku akan mengalirkan air mata ini. Tak mungkin!
“Mama! Hafiz sayangkan
Naurah mama! Apa yang kurangnya Naurah ma?” Soal Hafiz separuh merayu. Aku yang
duduk disebelahnya hanya mampu mendiamkan diri. Tak mampu berkata apa-apa. Sisi
wajah Hafiz aku perhatikan. Kacak! Biarpun tidak berapa nak putih namun masih
terserlah kekacakkannya.
“Sebab ma dah berkenan
dengan anak kawan mak! Kamu jangan nak buat onar,Hafiz. Kamu mesti kahwini
Aira! Wajib!” Arah Puan Hayati. Aira? Macam aku kenal nama itu. Tak mungkin
dia.
“Aira? Maksud mama, Nur
Aira Mawaardah?” Hafiz memandang wajah mamanya silih berganti dengan wajahku.
Aku agak tersentak medengar soalannya. Mana mungkin , itu nama adik bongsuku!
Tak mungkin!
“Eh, mana kamu kenal
dengan Aira?”
Dumm….
Bagai ada batu
besar menghempap atas kepalaku. Aku memandang wajah Hafiz yang nyata sudah
terkejut. Ya Allah! Dugaan apa ini…
“Er.. awak.. puan..
saya nak minta diri dulu. Dah lewat petang. Nanti takut mak saya marah. Saya
minta diri dulu.” pamitku. Aku menyalam tangan Puan Hayati. Puan Hayati mencebik.
Disambutnya tanganku acuh tidak acuh. Wajah mendung Hafiz aku perhati.
“Baguslah.. lagipun
awak tu bukan dijemput pun”Sempat disindirnya aku. Aku hanya mampu mendiamkan
diri. Lalu bergerak kearah pintu. Namun masih sempat mata redup milik Hafiz memandangku.
Sabarlah sayang.. andai
ada jodoh. Kita tetap akan bersatu. Bisik hati Hafiz.
Masuk sahaja dalam
kereta. Air mataku laju menurun ke pipi. Seperti kebiasaan, Aira tetap menjadi
pilihan. Bukan sahaja cantik. Malah berpelajaran. Kelulusan dari Mesir
menyebabkan ramai mengganggap Aira mempunyai pakej yang lengkap. Namun aku apa
kurangnya, mungkin tidaklah secantik Aira. Namun aku juga ada kelulusan dari
luar Negara. Tapi tidaklah dari Mesir. Aku berkelulusan Perundangan dari
Universiti Oxford sebaliknya Aira berkelulusan Tasawuf dari Universiti
al-Azhar. Maknanya tahap aku masih setaraf dengan Aira. Namun kenapa mesti
Aira? Makin lebat air mataku.
“Akak..”Lamunanku tersentak
apabila Aira memandangku dengan wajah yang sayu.
“Kenapa sayang?” Aku
memeluk bahunya. Aira pula menyandarkan kepalanya dibahuku.
“Akak rasa adik akan
bahagia tak?” soal Aira bagai anak kecil. Rambutnya aku usap lembut.
“mestilah…” balasku
lembut. Kerutan disahinya aku belai. Dah nama anak manja. Mesti gedik dia lain
macam.
“Akak, bahagia?” Soal
Aira lagi. aku tersentak. Wajahnya aku tenung. Segala pergerakkan berhenti.
Aku menghela nafas
berat. Perlukah aku menjawab?
“Kenapa sayang tanya?”
“Adik rasa macam Akak
tak bahagia” luah Aira. Nampak sangat ke? Taklah..
“Kenapa akak perlu tak
bahagia? Aira… aira kan dah nak kahwin. Mesti akak bahagia. Kenapa tiba-tiba
tanya ni?” soalku kehairanan.
“Aira nampak Hafiz
macam tak suka dengan perkahwinan ni. dia…dia macam terpaksa kak..” Ujar Aira
cuba menahan sendu. Aira, maafkan akak…
Aku menarik nafas. Cuba
ditahan amukan resah yang semakin mengila didalam hati. Wajah Aira yang polos
aku perhatikan. Kesian adik akak kena melalui semua ini..
“Perasaan Aira saja
kut. Kalau dia tidak sayangkan Aira mana mungkin dia nak pinang Aira kan?”
“Ye.. tapi Aira rasa
macam kena kahwin paksa pulak.”Aira tertawa kecil dalam sendu. Aku hanya diam
sahaja. Tidak tahu untuk beraksi bagaimana. Kalaulah Aira tahu..
“Akak, Aira dengar ex
akak nak kahwin jugak eh?” Soal Aira setelah hampir sepuluh minit kami
mendiamkan diri.
“Haah..” jawabku
pendek.
“Kenapa putus?”
“Tak payah tahu lah
adik oi! Dah, pergi tidur! Esok dah nak nikah hari ini tidur lambat!” Aku cuba
lari dari topik. Malas hendak memanjangkan cerita.
“Hari in nak tidur
dengan akak. Last day, akak. Esok peluk orang lain pulak.” Aira ketawa gatal.
Tak padan dengan ustazah. Gatal!
“Gatalnya Ustazah
Wardah ni! malulah orang dengar! Yelah.. dah tidur cepat..” Arahku. Aku lihat
Aira sudah menarik selimut. Mulutnya terkumat kamit membaca doa.
“Naurah rasa betul ke
tindakkan kita ini?” Soal Hafiz kepadaku. Kini semua sudah berada di dalam
rumah. Aku sebagai penyambut tetamu menyebabkan dengan mudah dia bertanya.
Hafiz yang sudah lengkap berpakaian akad nikah serba putih serona dengan Aira.
Cukup menyebabkan hati aku menangis.
Mana mungkin aku dapat
tersenyum gembira diatas duka ku sendiri. Hafiz juga tidak seperti pengantin
lelaki yang tidak sabar untuk mengangat akad ijab dan Kabul.
Aku diam. Malas hendak
menjawab soalan hafiz. Dengan berpurdah, aku harap dai tidak mengenali aku.
“Jangn berdiam diri
Naurah… saya tahu itu awak.” Tegasnya. Namun aku masih berdiam diri. Dlihat
semua pihak rombongan lelaki suda masuk kedalam kediaman kami. Cuma Hafiz masih
disini. Mengahad wajahnku hanya hanya Nampak mata sahaja.
“Tak akan Naurah dah
lupakan pasa kita?” Soal Hafiz perlahan. Sarat dengan perasaan sedih. Aku dapat
rasakan itu. Aku merenung mata Hafiz
buat kali terakhir mungkin.
Aku menarik nafas
berat. Terkayar diingatan disaat kami mula menyulam cinta di Oxford dulu.
Semuanya manis. Namun kenangan itu berlayar berlalu dari minda disaat aku
teringatkan bahawa Hafiz akan bernikah dengan Aira.
“ ‘Kita’ sudah habis
untuk kita. Lepas ini tiada kita. Yang
hanya ada cuma kakak ipar dan adik ipar. Tu aje.” Balasku pendek. Aku berlalu
kedalam enggan berlama diluar. Takut aku akan akan jadi orang lain pula. Aku duduk
didalam bersebelahan dengan Aira. Hari ini tema Arab. Aira menggunakan niqab.
Aku juga tidak terkecuali. Cantik Aira berbusana abaya berwarna putih dan
sedikit labuci di tangan dan dihujung kain.
“mari kita mulakan..”
ucap tok kadi. Setelah segala urusan yang perlu diselesaikan.
“Hafiz Huzair bin
Hamdan”
“Saya” Sahut Hafiz.
Namun matanya sempat memandangku dengan pandangan yang sangat sarat dengan kekesalan.
Maafkan saya, hafiz.. bisi hatiku.
“Aku nikah dan
kahwinkan akan dikau dengan Nur Aira Mawaardah dengan berwalikan aku dengan mas
kahwinnya seratus dua puluh ringgit, tunai”
Ya Allah kuatkan hati
ku! Aku tidak sanggup melihat mahupun mendengar! Aku bagai ingin rebah saat
ini. Ya Allah!
“Nanti!” teriak along!
Dia datang tergesa-gesa dari dapur. Semua memandang pelik kearahya.
“Kenapa along?” soal
mak. Tingkah anaknya sudah menyebabkan majlis ini terganggu.
“Saya tidak izinkan
majlis ini berlangsung!” tegas along sambil melihat kearahku. Kenapa pula?
“Kenapa?” serentak mak
dan Puan Hayati menanyakan kepada along.
“Maaf semua. Boleh saya
meminjam ahli keluarga terdekat saya sekejap?” Soal along. Tok kadi hanya
mengganggukan kepalanya.
“Mari..” along
mengajakku dan Aira naik keatas. Tidak terkecuali mak, puan Hayati dan Hafiz
untuk naik ke atas.
“Kenapa ni along?” soal
mak tidak puas hati.
“Sampai bila kita
hendak mendera hati angah mak?” Soal along. Aku tersentak! Kenapa dengan aku?
Wajah along perhati. Ada riak tidak puas hati disitu. Adakah along sudah
mengetahui? Ya Allah, minta-mintalah tidak.
“Kenapa dengan angah? Dan apa kena mengena dengan anak saya?” soal Puan Hayati
bertubi-tubi. Wajahnya sudah menunjukkan riak ketidak puasan hatinya.
“Angah. Kenapa ni?”
soal mak resah.
“Tak ada apa-apa mak.
Along kenapa ni?” kini aku pula yang menyoal kepada along.
Puan Hayati tersentak
apabila mendengar suara aku.
“Buka niqab kamu
angah..” arah along. Namun aku hanya mendiamkan diri. Mata sempat melirik kearah
Hafiz yang sudah menundukkan wajahnya.
Melihat keenganan aku
untuk mebuka niqabku. Tidak semena-mena niqabku ditarik oleh along.
Kini
wajahku terpampang dihadapan Puan Hayati. Aku tersentak. Aku menarik semula
niqabku namun sempat dihalang oleh Aira. Aira merenungku dengan pandangan yang
sukar ditafsir.
“Kamu… Naurah?” soal
Puan Hayati tergagap-gagap.
“Ye, dia Naurah! Bakal
menantu yang puan tidak hadap. Dia kakak kepada Aira. Untuk pengetahuan semua,
Naurah adalah kekasih Hafiz sejak di Oxford lagi!” jelas Along. Kini semua
rahsiaku terbentang luas. Tiada satu pun yang disemubunyi.
“Apa ini angah? Kenapa
tidak bagi tahu mak?”
“Tak ada yang perlu
diberi tahu mak”jawabku perlahan. Aira hanya mendiamkan diri. Tidak perlu untuk
bersuara. Rasanya tidak perlu.
“Betul ke apa yang
along cakap tu?” soal mak buat sekian kali. Puan Hayati hanya mendiamkan diri.
Aku hanya menganggukan
kepala.
“Mama… restuilah
hubungan kami. Hafiz sayangkan Naurah. Bukan Aira” Hafiz merayu kepada Puan
Hayati sambil melutut dihadapan Puan Hayati.
Semua disini diam dan
kelu. Melihat air mata lelaki Hafiz menitis membuatkan hati aku turut menangis
hiba. Air mata tidak dapat dibendung apabila Aira memeluk bahuku erat.
“Terimalah dia, kak.
Ambillah hak akak. Adik tidak mahu!” bisik Aira membuatkan air mataku laju
membelah pipi. Tapi, akak tak mampu terima dia adik. Getus hatiku penuh hiba.
“Hafiz..mama restu
sayang..” Puan Hayati memberi restu. Semua mengucap syukur. Namun tidak aku.
“Awak...”Panggilku..
aku nekad! Aku tidak mungkin terima dia. Tidak!
“Saya tak nak kahwin
dengan awak!” ujar ku pelahan semua yang berada di ruang tamu itu terperanjat
dengan pengakuan berani matiku.
“Kenapa?!”Serantak
mereka menanyakan kepadaku.
Belum sempat aku
bersuara. Tiba-tiba pandangan mataku menjadi kelam. Aku sempat mendengar semua
menjerit memanggil namaku. Sebelum duniaku kelam…
“Doktor, kenapa sejak
kenbelakangan ini saya sering sakit kepala. Dia berdebyut di bahagian
kiri.”Aduku. memang ye. Aku kerap sakit kepala. Malah sering hamoir pitam di
mahkamah, tapi hampir sahajalah.
“Emm, saya pun tak
pasri. Kerap sangat ke? Cik…err..”
“Cik Naurah.”pintasku
apabila doktor muda itu tidak mengetahui namaku.
“Beginilah Cik
Naurah. Saya akan buka surat untuk cik membuat pemeriksaan secara detail untuk
penyakit cik ini. Mungkin migraine. Atau…” Jawab doktor itu serba salah.
“Atau apa doktor?”
Gesaku.
“saya tak pastilah,cik
Naurah. Selagi kita tak buat pemeriksaan mendalam terhadap cik. Tidak membuat
imbasan CT untuk mengetahui kedudukan sebenarnya otak cik.”jelass doktor muda
itu.
Aku hanya menganggukan kepala.
“Baiklah doktor. Terima
kasih.”ucapku. setelah mendapat surat kebenaran dari doktor muda itu. Aku
membuat bayaran.
Aku melangkah keluar
dari klinik itu. Namun langkah ku pegun apabila aku melihat Aira dan Hafiz
sedang beriringan. Tangan mereka penuh dengan barangan keperluan kahwin. Tanpa
sedar air mataku menitis.
Aku berlari dan terus
masuk kedaalam kereta. Hati aku sakit! Sangat sakit!
‘wajarkah aku berterus
terang?’ soalku sendiri.
‘wajar Naurah. Kau
sepatutnya berterus terang. Mungkin sekarang kau dah bahagia. Bukan Aira!’ sapa
satu suara membutakan aku tertoleh kiri dan kanan. Namun tiada siapa.
‘Naurah, takkan kau nak
lukakan hati mak kau? Along? Tak salah kau berkorban untuk Aira.’ Suara lain
pula menyampuk. Sedarlah aku kini bahawa yang berbicara denganku ialah hatiku
sendiri.
‘tapi sampai bila kau
nak berkorban? Kau ingat tak disaat Amran, bekas bakal tunang kau berkenan
dengan Aira. Apa kau buat? Kau diamkan. Kau putuskan hubungan kau dengan dia.
Alasan kau apa? Sebab kau nak Aira bahagia kan? Tapi sampai bila?’ soal hatiku.
“Tapi Aira tak terima
dia!” jawabku. Tapi ada betul juga..
‘Naurah, kau dah boleh
fikir. Naurah. Tak salah kau berkorban. Mungkin ini kali yang terakhir. Lepas
ini kau carilah cinta lain. Kau kena kuat Naurah. Allah sentiasa ada dengan
kau’ nasihat suara yang lain. Aku meraup wajahku.
Bibir diketap. Manahan
sedu yang membadai diri. Aku sayangkan Hafiz. Malah aku cintakan dia!
Ya Allah,
bertapa beratnya dugaanmu untukku.
“Sampai hati kakak tipu
kita. Mak, kenapa kakak kena uji macam ini?” Aku mendengar Aira menangis dibahu
mak.
“Akak. Cepatlah bangun!
Berapa lama akak nak ‘tidur’ sayang?” soal mak. Aku dapat merasakan tangan
kasar mak membelai rambutku.
“Angah.. bangunlah! Dah
setahun sayang. Along dah rindu suara angah!” kini aku mendengar suara along.
Dalam tiga adik beradikku termasuk mak. Hanya along sahaja yang memanggilku
angah.
Katanya , gelaran angah dengan aku sangat sesuai. Garang, tapi
penyayang!
“bangunlah, sayang!
Kami sentiasa rinduan kamu. Hafiz pun sama.” Rayu mak. Hatiku menangis hiba.
Seorang ibu merayu kepada anaknya supaya bangkit dari lena yang panjang. Namun
aku tidak mampu. Air mata yang mengalir diseka mak.
‘mak, akak rindu akak!’
getus hatiku.
“Mak pakaikan angah tudung.
Hafiz nak masuk..” terdengar suara along mengarahkan mak memakaikan aku tudung.
Aku hanya kaku. Untuk bangun, kudratku belum ada.
Setelah tudungku
dipakai, semua keluar membenarkan Hafiz berbicara denganku.
“Assalamualaikum,
sayang..” Hafiz memberi salam kepadaku. Sempat aku menjawab walaupin hakikatnya
hanya Allah yang mendengar.
“Hari ini genap setahun
awak tidur. Awak tak nak bangun ke?” Soal Hafiz lembut.
‘Saya nak bangun.. tapi
saya tak kuat..’ balasku lirih. Yakinlah bahawa aku juga ingin bangkit.
“Doktor dah sahkan yang
awak sudah pulih. Ketumbuhan dalam otak awak juga sudah selamat dikeluarkan.
Bangunlah, Naurah……. Bina hidup dengan saya. Kita kahwin..” sambung Hafiz
menahan sebak. Wajah sayu aku diperhatikan. Abang rindukan sayang…
Nafasku sudah tidak
sekata. Air mata sudah mengalir.
“Andai kata awak sudah
lelah. Pergilah, saya tidak menghalang. Bahkan kami dengan rela hati
membenarkan. Biarpun berat, Naurah…”
Aku terharu mendengar
ucapanya. Namun aku sudah semakin lemah.. mak, maafkan akak. Along, maafkan
angah. Adik, maafkan akak. Ketahuilah aku sangat sayang mereka. Dan , Hafiz,
maafkan saya. Saya cintakan awak. Saya tunggu awak ye?
“Nurul Naurah Syifa… tunggu
saya disyurga.InsyaAllah.. Pergilah sayang…tunggu abang. Aag susur dikemudain
hari”
Seusai Hafiz
berkata-kata. Nafasku sudah memberat. Hafiz memandangku dengan pendangan yang
sayu. Dan aku….
Perginya sebuah cinta….dimana
tiada penyatuan hati untuk kita. Aku yakin cinta kita bukan untuk didunia. Tetapi
untuk disyurga. Pergilah sayang…..bisik sayu hati Hafiz. Namun dibibirnya mekar
sebuah senyuman pilu mengiringi pemergianku. Air matanya turut mebelah pipi.
Tidak diseka mahupun menepis. Saya akan tunggu awak, Hafiz…
<Tamat>
No comments:
Post a Comment