Bagai Mimpi bab 2.
* assalamualaikum, now bab 2 here. Aja tahu masih ada kekurangan di dalam bagai mimpi. Harap2 sudi membaca . Thanks kerna sudi menjenguk .
Keesokkan harinya,Afrina bersiap-siap untuk ke pejabat. Panjang langkahnya menurun tangga. Dengan blouse putih dipadankan dengan shawl merah terang menampakkan lagi keayuannya.
"Afina! Cepat sikit! Lembab lah kau ni!" jerit Afrina dari ruang makan.
"Afrina, tak elok anak dara terjerit-jerit. Papa tak ajarkan? Oh ya, ni cepat-cepat siap ni kenapa?" tutur Datuk Fakhrul. Matanya masih melekat di dada akhbar. Belum sempat Afrina menjawab, mereka dikejutkan dengan Afina yang terkocoh-kocoh turun tangga. Dah macam kingkong nak beranak saja gayanya. Tak semenggah !
"Morning pa" diciumnya pipi papanya lantas melabuhkan punggungnya disebelah Afrina.
"Rin, Hari ini kita ada breakfast dengan Megat Affan dari Megah Holding. Katanya dia ingin membeli saham yang kita tawarkan kepada Datuk Zahirul" Afina menyampaikan kerjanya dengan baik sekali. Datuk Fakhrul yang melihatnya sudah tergeleng-geleng kepalanya. Afrina pula sudah leka dengan tabnya.
"Berapa kali papa pesan, dekat meja makan tak ada AFF Holding. Tak ada business and so on. Now focus on your meal! Jangan nak kaki kerja pulak dekat sini." ujar Datuk Fakhrul sedikit tegas. Dia tak suka dengan kaki kerja puteri-puterinya ini. Taksub sangat dengan kerja. Padanlah umur baru 24 dah berjaya mendatangkan untung kepada syarikat kalau macam gini gayanya.
"Baik papa!" bagai lipas kudung, si kembar mengemaskan peralatan mereka. Dan terus menjamah Nasi Lemak buatan mummy mereka. Datuk Fakhrul tersenyum kecil. Anak gadisnya sangat patuh akan arahannya.
"Pa, mummy mana?" tanya Afina dengan mulut yang penuh dengan Nasi Lemak. Hairan Afina apabila mendapati mak tirinya tiada di meja makan utama.
"Mummy pergi hospital"
"Hospital? Untuk apa?" kini Afrina pulak yang bersuara. Berkerut-kerut dahi kembar dua orang itu apabila papanya memaklumkan yang mummynya pergi ke hospital.
"Tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma dia minta nasihat pakar untuk sakit kepalanya saja." balas Datuk Fakhrul.
"Oh ye ke? Mungkin mummy pregnant kot" ujar Afina yang baru selesai menikmati sarapannya.
"Ok la papa. Dah lambat dah ni. Kalau ada rezeki dapat adik la kitaorang ni." Sela Afrina . Usai membersihkan mulutnya, Afrina dan Afina bangun dan mengcapai beg bimbit mereka lalu mencium pipi Datuk Fakhrul. Afrina di belah kanan manakala Afina di sebelah kiri. Datuk Fakhrul hanya ketawa kegelian. Inilah rutin pagi yang sering dilakukan oleh mereka.
"Baik-baik drive sayang , jangan nak drift sangat." Datuk Fakhrul menasihatkan si kembar.
'Dah besar anak-anak kita Aisyah. Awak dah lahirkan anak-anak yang solehah. Terima kasih sayang' bisik sayu hati Datuk Fakhrul. Dia terlalu rindukan arwah isteri pertamanya.
--------------------------------------
"Sya, tolong inform dekat PA CEO AFF Holding , breakfast meeting untuk pagi ni dibatalkan dan dianjakkan kepada lunch hari ini. I ada patient pagi ni. I kena settlekan CT scan dia. B/p dia rendah. Sampai dia jatuh bilik air. So kita kena scan takut ada kecederaan dalam otaknya." arah Affan. Pagi ini dia terlampau kelam kabut , mana nak jadi Dr. Affan yang menuntut keringatnya sebagai pakar barah .Mana nak jadi Encik Megat yang menuntut menyelesaikan masalah pejabat. Penat tersangatlah penat. Terpaksa dia batalkan meeting dengan AFF holding. Walaupun wakil yang akan bertemu dengannya ialah Nur Afrina.
"Baik Encik Megat. Nanti I call PA dia" balas Syarina bersahaja secara tak langsung memerli jejaka terhangat. 'Nasib baik aku dah kahwin kalau tak, confirm dah cair'Gumam Syarina.
"Sya, kan I dah bagi tahu, jangan panggil I , Encik Megat. Tak selesalah. Lagipun ini bukan office. Ni hospital, so panggil I , Dr.Affan." tegas Affan. Dia terlalu rimas dengan gelaran Encik Megat. Rimas rimas rimas ! Sungut Affan.
"Apa-apa jelah Fan. Oh ya, patient U tu tadi Dr.Khir dah amik alih. Dia cakap U ada patient baru. Kalau tak silap I nama dia Melissa." Maklum Syarina. Belum sempat Affan membalas , Wanita itu sudah terkocoh-kocoh berlari ke arah ambulans yang baru masuk ke perkarangan ruang kecemasan HSA. Affan hanya mengelengkan kepalanya. Lantas kot putih yang digantung pada belakang kerusi ditarik dan langkah kakinya dibuka untuk bergerak ke bilik rawatan yang menempatkan pesakit yang dimaklumkan oleh Syarina.
--------------------------------------
Tok tok tok... Pintu kaca milik Afrina diketuk dari luar.
"Masuk!" sahut Afrina sepatah. Tangannya dan matanya masih terhala pada skrin laptopnya.
Kelihatan gadis tinggi lampai berjalan penuh gaya ke arah meja Afrina.
"Cik Rin, tadi PA Encik Megat call. Dia maklumkan bahawa breakfast dengan Encik Megat pukul 10 nanti dibatalkan. Ianya akan dianjak kepada waktu lunch nanti. Lagipun Cik Rin tak ada apa appointment tengah hari nanti jadi kira on je lah ye Cik Rin?." begitu profesional Afina menyampaikan temujanji kepada Afrina yang terpaksa ditukar oleh PA Encik Megat.
"Oh ok. Nanti saya pergi sendiri. Afina , saya nak awak gantikan tempat saya untuk mesyuarat tengah hari ini. Catatkan apa yang patut. Pastikan semua perkara yang penting tak terlepas dari pendengaran dan penglihatan awak." ujar Afrina berdedikasi. Jikalau di pejabat sikap formal wajib ditunjukkan. Tiada istilah kembar tak kembar. Di pejabat, Dialah boss jadi dia perlu bersikap tegas.
"Baik Cik Rin. Ada apa-apa lagi Cik Rin nak saya lakukan?"
"Tak ada apa-apa. Awak boleh keluar." Afina terus keluar dari bilik Afrina seusai Afrina memberi arahan.
"Megat Zahran Affan" seru perlahan Afrina. Nama itu bagai lekat dilubuk hatinya. Arggh, Rina! Tu semua tak penting! Sekarang ni focus on your work !
#tamat sudah. Well aja masih tak pandai nak create ayat cam mana . Nak kene study untk ayat yang tak terlalu berat dan santai.
No comments:
Post a Comment