Monday, 16 December 2013

Bagai Mimpi bab 3

Askum. Now bab 3 here ! Pendek je. Harap ada yang sudi membce nukilan aja yang err err agak kureng ni. Thanks :)

Afrina mendengus kasar, sudah 15 minit dia menunggu Megat Zahran Affan di Hotel Thistle berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah. Ini semua atas permintaan Megat Zahran. Apabila terlampau bosan menunggu, Afrina mengeluarkan tabnya. Aplikasi Candy Crush disentuh lalu terus hanyut dalam permainan tersebut.

"Assalamualaikum, maaf saya terlewat."Ujar Affan serba salah. Kerusi dihadapan ditarik lalu dia dia duduk.  Tersentak Afrina dibuatnya, Afrina mengangkat kepalanya. 'Oh my god ! Kacaknya makhlul tuhan ni. Pehh ini kalau jadi bantal busuk ni best gila nyah ! Memang tak lepas kau , aku peluk' bisik nakal Afrina. Ralit sekali matanya memandang Affan. Atas bawah , atas bawah. Eh, dia ni doktor ke? Tak mungkin kot! Diakan salah seorang shareholde Megah Holding.

"Ehem..ehem.." Affan berdehem kecil. Bukan dia tak perasan Afrina memandang wajahnya dengan ralit sekali.

Afrina tersentak apabila terdengar deheman Affan. Ya allah , malunya! Lantas kepalanya ditunduk kebawah. Lama!

"Cik Afrina? Cik Afrina? Cik ok tak?" panggil Affan sambil menyembunyikan senyum apabila tiada tanda-tanda mereka ingin meneruskan agenda mereka.

"Maaf Encik Megat. Oh ya, Saya Afrina" Mukadimah Afrina setelah hampir 5 minit dia menenangkan diri dengan menundukkan wajahnya. Mukanya masih membahang.
'Minta-minta Affan tak perasan ' doa Afrina dalam hati.

"Saya tahu" sahut Affan bersahaja.

"Tahu apa Encik Megat?" soal Afrina dengan soalan budak tadika. Affan ketawa kecil .

"Saya tahu nama awak Afrina. Saya nak minta tolong boleh?" pinta Affan dengan suara bedroomnya. Suara sensual! Pasti akan cair jika gadis-gadis yang mendengarnya.

Sengaja dia melantun suaranya begitu. Dia ingin melihat telatah Afrina dan seperti yang dijangka. Afrina menggelabah!
Gulp, suara dia! Oh my! lembutnya! Cair hati Afrina. Mengalir seperti air apabila suara Affan begitu. Air liur ditelan terasa kesat sekali.

"Tolong apa Encik Megat. Itupun kalau permintaan Encik Megat tak berat." ujar Afrina lambat-lambat. Matanya masih merenung ke arah lain. 

"Teman saya tidur dekat sini" sakat Affan apabila melihat wajah Afrina memerah. Niat di hati hanya ingin bercanda. Kening belah kiri dinaik-naikkan ala Ziana Zain. Riak nakal dipamerkan. Senyum pun dah menyenget. He he he !

Pappp! Bergegar meja makan mereka apabila Afrina menghempas pinggan spageti yang masih berbaki. Terbelah dua !

Affan membuntang mata apabila melihat pinggan yang dihempas Afina terbelah dua! Pelahan-lahan matanya memandang Afrina. Alangkah terperanjatnya Affan apabila badannya disimbah air dengan jus oren! Merah padam muka Affan.

"Awak ingat saya ni apa! Perempuan jalang? Hei, jantan tak guna ! Awak dengar sini baik-baik ! Tak semua perempuan boleh awak angkut ke dalam bilik tidur sesuka hati! Awak ni tak ada agama ke apa? Tak ingat Allah? Ke awak lupa , kalau awak lupa meh sini saya ingatkan!" hambur Afrina. Matanya meliar melihat apa yang boleh ditepek ke muka Affan. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Afrina tersenyum penuh makna !

"Nah! Amek ni ! Makan kau sampai puas!" Lamb chop yang masih belum berusik dilempar tepat ke muka Affan. Padan muka! Rasakan penangan Cik Afrina Fakhrul !

"Heii! Makanan ni!....." Belum sempat Affan menghabiskan ayatnya, Afrina sudah bergerak ke kaunter restoran untuk membayar semua kerosakkan. Padan muka kau Fan! Cari pasal lagi!
--------------------------------------
 
Afrina berjalan keluar dari lobi Hotel Thistle. Bengkak hatinya mengingatkan apa yang dipinta oleh Affan. Ingat dia ni perempuan murahan ke? Siap kau Affan !

Jantan tak guna! Nak mati cepat! Kau wajib matilah kalau perangai kau macam tu! Gerutu Afrina. Tiba-tiba badannya terdorong kebelakang.

"Hei! Apa yang awak nak hah?" Jerit Afrina apabila mendapati Affan yang menarik lengannya tadi.

"Awak ada perhitungan dengan saya Afrina!" Pintas Affan. Hatinya masih sakit apabila mengingatkan perangai Afrina. Nakal sangat !

"Perhitungan apa?" jerkah Afrina. Dijelingnya lelaki itu. Makin bengkek hatinya.

"Perhitungan untuk saham yang saya nak beli!" balas Affan dengan angkuh. Ingat aku tak ada duit? Huh , Ini Affanlah !

"Setakat 1.5 million tu apalah sangat. Awak nak beli ataupun tak , it's up to you !" jawab Afrina dengan sombong. Tangan disilang ke dada. Matanya sempat menjeling keadaan Affan. Aiks, dah bersih? Hantu ke apa ? Arghh, lantaklah! Tak penting !

"Well, It seems like you forget who I am, Afrina. I am Megat Zahran Affan! I can get what I want! And as long as I did not get, as long as I will pursue. And one that I was chasing is you. Remember what I said earlier, Afrina. You do not regret later. Bye baby!" ugut Affan ditelinga Afrina lalu beransur pergi. Hidungnya hampir mengena di pipi Afrina. Mujur Afrina mengelak, jikalau tidak pasti hidung separa mancung itu akan mencium pipi mulus miliknya.

Jantung Afrina berdetak laju. Apa kena mengena soal saham dengan dirinya. Matanya melirik ke arah jam, membulat matanya apabila dia mendapati yang dia sudah terlewat. Ni semua jantan tu punya kerja. Tak guna !

No comments:

Post a Comment