Bagai Mimpi merupakan Mini Novel untuk cerita cerpen Afrina.
Afrina melangkah laju meninggalkan Megah Holding. Berkerut-kerut kening gadis itu. Jalan pun menghentak-hentakkan kaki. Nasiblah kalau heelnya nak tercabut ke apa. Ada dia kesah? Yang penting dia tahu, hatinya bengkak, geram dan menyakitkan. Dengan memakai dress labuh berwarna Hitam menyerlahkan lagi kecomelan Afrina .Namun kecomelan tersebut telah ditutup dengan mukanya cemberut mengalahkan orang yang sedang makan mangga muda. Masam semasam-masamnya !
"Pakcik tua tak sedar diri. Oppss bukan pakcik tapi atuk ! Gatal ! Miang ! aku bagi tahu bini dia karang , baru dia tahu siapa Nur Afrina Datuk Fakhrul. Aku bagi tahu papa nanti" Degus Afrina sambil menekan alat kawalan jauh Audi A8nya. Terus badannya membolos masuk ke dalam. Setelah keretanya dihidupkan , kereta Audi A8 miliknya meluncur laju meninggalkan perkarangan Megah Holding.
'Siap kau Datuk Megat Zahirul miang tak sedar diri. Akan ku balas segalanya, hahaha.'
Bisik hati jahat Afrina .Afrina tersenyum senget. Ada perhitungan yang akan dia lakukan di kemudian hari.
--------------------------------------
Megat Zahran Affan tersenyum senget. Gadis cantik yang sangat comel itu menarik minatnya. Berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki. Muka berkerut-kerut. Entah apa yang dibebelkan pun Affan tak pasti tetapi padanya gadis itu comel sangat. Nur Afrina. Nama gadis itu diseru. Lamunan Affan tersentak apabila ada suara menyentak pendengarannya.
"Encik Megat , hari ini Datuk nak Encik Megat masuk dalam mesyuarat pemegang saham." Setiausahanya merangkap teman sekerjanya di HSA mengingatkannya tentang meeting yang akan berjalan sebentar lagi.
"Baiklah Dr.Syarina lagipun kita dah sampaikan?. And , by the way don't call me 'Encik Megat'. Just call me Dr.Affan as usual. Understand?" balas Affan seloroh. Rimas sungguh kalau orang memanggilnya Encik Megat. Lagipun dia hanya pemegang saham bukannya pengusaha untuk Megah Holding.
"Ai ai Dr." sambung Dr.Syarina.
"Bukan aip aip captain ke?" Balas Affan kebinggugan. 'blur'
Akhirnya ketawa mereka bersambung dan mereka beriringan masuk ke dalam dewan mesyuarat.
--------------------------------------------
Afina pelik memandang kembar tak seirasnya masam tercekik biji buah rambutan. Kelat!
"Rin, kenapa dengan kau ni?" soal Afina. Pelik juga dia melihat muka masam Afrina.
"Aku tengah bengkek ni !"
"Apa yang kau bengkeknya? Cakap, siapa yang buat kau masam mencuka ni? Meh sini aku sepak-sepak muka dia!" hamek kau ! Afina versi gangsternya dah keluar. Hilang segala keayuannya
"Kau tahu tak Datuk Megat Zahirul?" soal Afrina.
"Kenal! Dia salah satu client kita. Asal?"balas Afina sambil matanya tertancap pada novel Rasa Yang Tertinggal karya Siti Kahdijah.
"Tak ada apa-apalah. Saja je tanya. Oh, ya esok appoiment aku apa dia?" soal Afrina sambil tangannya ligat membelai bulu kucing hitamnya.
"Fin appointment aku oi . Fina oh Fina. Fina , Fin?" panggilan Afrina tidak disahut oleh Afina. Lantas kepalanya menoleh kearah Afina. Kesahnya budak gangster ni dah selamat membuta? Haihh Fina Fina. Lalu Afrina mematikan lampu bilik tidur mereka dan terus melayar mimpi. Harap-harap perancangan untuk Datuk Miang itu akan berjalan lancar esok.
No comments:
Post a Comment